Gempa bermagnitud 6.1 landa Tibet

No Image Caption
A
A
A

LHASA - Gempa berkekuatan 6.1 pada skala Richter menggegarkan bandar Nagqu, Wilayah Autonomi Tibet, barat daya China pada jam 2.11 Jumaat petang (waktu Beijing), menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Pusat gempa dipantau pada 31.94 darjah utara dan 92.74 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer.

Ketua Biro daerah Naqqu, Benpa Tsering berkata, gegaran kuat dirasai di daerah itu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat sama ada terdapat kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda, terutamanya di lokasi pusat gempa di kota Xagqu.

"Saluran komunikasi kini beroperasi seperti biasa sementara itu tindak balas kecemasan turut dilancarkan. Pasukan bomba dan keselamatan awam tempatan dalam perjalanan ke pusat gempa," kata Benpa Tsering.

Xagqu, terletak di sebelah timur Nagqu, dengan ketinggian kira-kira 4,000 meter dari aras laut dan dihuni lebih 80,000 penduduk.

Gegaran turut dirasai oleh penduduk di ibu kota wilayah Lhasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: