X

Kindly register in order to view this article
!

Lima lokasi di Tanjong Karang alami gangguan air Isnin ini

Lima kawasan di Tanjong Karang dijangka alami gangguan bekalan air berjadual selama 11 jam pada Isnin ini. - Gambar hiasan 123RF
A
A

KUALA SELANGOR - Sebanyak lima kawasan di Tanjong Karang dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 11 jam pada Isnin ini.

Menerusi aplikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), kawasan terbabit ialah Jalan Parit 3 Lapis 1, Jalan Parit 3 Pantai Sungai Burong, Jalan Pinang 5, Jalan Pinang 7 dan Jalan Tali Air 3 Ban kanal.

Menurutnya, penutupan bekalan itu dilakukan bagi pelaksanaan kerja-kerja pencucian paip agihan di Sungai Burong.

"Penutupan bekalan air sementara akan bermula pada jam 10 pagi dan bekalan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam hari sama," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menasihatkan pelanggan menyimpan bekalan secukupnya sepanjang tempoh gangguan tersebut.

"Segala tindakan akan diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pencucian paip agihan ini dan pemulihan bekalan kepada pelanggan yang terjejas," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!