20 tahun hisap dadah

Sebahagian daripada penagih dadah yang dicekup semasa Op Tapis di sekitar jajahan Pasir Mas.
Sebahagian daripada penagih dadah yang dicekup semasa Op Tapis di sekitar jajahan Pasir Mas.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki berusia 52 tahun yang menagih dadah sejak dua dekad lalu antara individu ditahan polis menerusi Op Tapis di sekitar jajahan ini bermula petang Khamis hingga awal pagi Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar berkata, lelaki itu merupakan salah seorang daripada 60 individu yang berjaya dicekup dalam serbuan tersebut.

"Hasil soal siasat yang dilakukan, lelaki berkenaan telah mengambil bahan terlarang jenis heroin sejak 20 tahun lalu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Op Tapis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada Jumaat.

Menurutnya, ini merupakan kali kedua lelaki itu dicekup oleh polis.

Sheik Azhar berkata, kejayaan serbuan itu hasil kerjasama erat antara polis dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan.

Katanya, daripada jumlah tersebut seramai 10 penagih berulang berusia antara 25 hingga 40 tahun berjaya ditahan.

"Kita akan dakwa mereka di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: