Tiga mangsa culik Abu Sayyaf berjaya diselamatkan

Bot dinaiki mereka bersama seorang ahli kumpulan Abu Sayyaf di Selatan perairan Pulau Tawi-Tawi, Filipina dikatakan mengalami kebocoran. - Gambar hiasan
Bot dinaiki mereka bersama seorang ahli kumpulan Abu Sayyaf di Selatan perairan Pulau Tawi-Tawi, Filipina dikatakan mengalami kebocoran. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Tiga lelaki warga Indonesia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf tahun lalu berjaya diselamatkan polis Filipina pada Khamis.

Mangsa yang diculik di Perairan Pulau Tambisan, Sandakan diselamatkan kira-kira jam 4.30 petang selepas bot yang dinaiki mereka bersama seorang ahli kumpulan Abu Sayyaf di Selatan perairan Pulau Tawi-Tawi, Filipina dikatakan mengalami kebocoran.

Difahamkan, pasukan polis Filipina yang menerima panggilan kecemasan itu segera melancarkan operasi menyelamat sebelum membawa empat mangsa itu ke pangkalan pihak berkuasa negara jiran berkenaan.

Menurut sumber, hasil siasatan yang dijalankan polis Filipina mendapati salah seorang daripada mangsa yang diselamatkan sebenarnya adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf.

Siasatan juga mendapati, tiga warga Indonesia terbabit antara lapan mangsa culik yang dilakukan tujuh lelaki bersenjata pada 15 Januari tahun lalu.

Bagaimanapun, tiga daripada mereka dilepaskan tanpa diketahui punca manakala seorang lagi mangsa terbunuh ketika kejadian berbalas tembakan dengan tentera Filipina.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Artikel Berkaitan: