Lori tangki tanpa pemandu rempuh 8 kenderaan

Antara kenderaan yang dirempuh lori tanpa pemandu tersebut.
Antara kenderaan yang dirempuh lori tanpa pemandu tersebut.
A
A
A

BANGI- Lapan kenderaan termasuk dua milik agensi kerajaan rosak apabila dilanggar sebuah lori tangki ‘tanpa pemandu’ dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, di sini.

Dalam kejadian jam 9.15 malam semalam, kesemua kenderaan itu di parkir di stesen minyak berkenaan.

No Image Caption

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd, berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca apabila pemandu lori tangki yang membawa muatan air minuman Syabas itu terlupa menarik brek tangan ketika berhenti untuk mengisi diesel di situ.

“Selepas menghentikan kenderaan, pemandu lori tangki itu keluar untuk mengeluarkan duit mesin ATM tanpa menyedari dia terlupa menarik brek tangan.

“Selesai mengeluarkan duit, pemandu itu mendapati lori tangki menggelongsor ke hadapan menuruni jalan bukit lalu merempuh 8 buah kenderaan yang terletak di kawasan parkir.

“Pemandu tersebut terus mengejar lori tangki itu dan bertindak memberhentikannya namun ia telah pun melanggar 8 kenderaan,”katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Dzaffir, berkata, tiada sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut dan kesemua kenderaan diarahkan untuk dibawa ke Balai Trafik IPD Kajang.

“Kes disiasat bawah Sek 43(1) APJ 1987 kerana cuai,” katanya.

Artikel Berkaitan: