X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

211 orang dikompaun RM10,000 di KL sejak 11 Mac

Saiful Azly
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 211 kompaun dikeluarkan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) di ibu negara sejak jumlah kompaun dinaikkan kepada RM10,000 pada 11 Mac lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, jumlah itu adalah kompaun yang dikeluarkan dalam tempoh 11 Mac hingga Khamis.

"Antara kesalahan utama ialah tiada penjarakan fizikal dan tidak mendaftar dalam aplikasi MySejahtera ketika memasuki premis," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sabtu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kompaun RM10,000 akibat ingkar SOP di bawah Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021 adalah terpakai kepada semua kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, orang ramai yang didapati melanggar PKP dikenakan kompaun sehingga RM10,000 berkuat kuasa 11 Mac.

Bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama pula boleh dikompaun sebanyak RM50,000.

Sebelum ini, di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!