Sila log masuk terlebih dahulu.

Gajah mati dirempuh beberapa kenderaan

Seekor gajah betina mati akibat dilanggar kereta pacuan empat roda di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing, Kota Tinggi pada malam Khamis.
Seekor gajah betina mati akibat dilanggar kereta pacuan empat roda di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing, Kota Tinggi pada malam Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seekor gajah betina ditemukan mati di tepi jalan selepas dirempuh beberapa buah kenderaan di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing, dekat Kota Tinggi pada Khamis malam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, penemuan bangkai gajah dianggarkan berumur antara 20 dan 30 tahun itu dilaporkan oleh orang awam pada 12.15 tengah malam, sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Menurut saksi, kejadian berlaku pada kira-kira 11 malam apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kota Tinggi menghala Mersing telah melanggar gajah itu dan kemudian ia dilanggar pula oleh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah treler,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Seekor gajah betina mati akibat dilanggar kereta pacuan empat roda di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing, Kota Tinggi pada malam Khamis.
Seekor gajah betina mati akibat dilanggar kereta pacuan empat roda di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing, Kota Tinggi pada malam Khamis.

Salman berkata, kejadian itu turut mengakibatkan pemandu kenderaan pacuan empat roda serta penumpang treler mengalami cedera ringan, sementara kenderaan masing-masing rosak.

“Gajah tersebut merupakan sebahagian daripada ID Panti (kumpulan gajah Panti) yang dianggarkan berjumlah 30 hingga 40 ekor dan Jalan Kota Tinggi-Mersing pula merupakan kawasan panas lintasan gajah terutamanya di Batu 4 hingga Batu 14,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: