Rakan sekerja didakwa bunuh Nik Khatijah

Tertuduh (kanan) ketika di Mahkamah Majistret Kajang.
Tertuduh (kanan) ketika di Mahkamah Majistret Kajang.
A
A
A

KAJANG - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kajang pada Jumaat atas tuduhan membunuh Pengurus Jabatan Advokasi, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Nik Khatijah Nik Mud, 32.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadap Hasbullah Ismail, 57, dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazli Md Sain.

Tertuduh didakwa membunuh rakan sekerjanya itu di sebuah rumah di Taman Bangi Jalan Reko di sini antara jam 11 malam pada 5 Mac hingga jam 3 pagi 6 Mac lalu.

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairul Iqram Hairuddin manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Halem Mohamad Husin.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 April ini untuk sebutan semula kes.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes kematian kakitangan Ikram itu yang ditemui dengan kesan jerut pada lehernya di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang di sini.

Lelaki berkenaan ditahan di sekitar Kajang pada jam 8.45 malam hari sama.

Artikel Berkaitan: