X

Kindly register in order to view this article
!

Kartel dalam PDRM: Hamzah minta hantar laporan penuh

Hamzah Zainuddin
A
A

IPOH - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador untuk menghantar laporan penuh berhubung pendedahannya mengenai kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan gerakan dalaman pegawai muda yang mahu menjatuhkan beliau.

Hamzah yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) berkata, beliau mahukan laporan itu supaya perkara berkenaan dapat dilihat lebih jelas dan tidak menimbulkan persepsi negatif kepada rakyat.

"Ini sesuatu yang Ketua Polis Negara sendiri maklumkan kepada umum dan saya tidak dimaklumkan awal. Jadi, saya sudah teks (mesej) beliau semalam (Khamis) dan saya mahu laporan penuh.

"Ini supaya apa pun selepas ini kita boleh umum kepada rakyat dengan lebih jelas. Saya tidak mahu perkara samar ini menimbulkan perasaan atau persepsi yang kurang baik. Sebab itu saya minta beliau laporkan kepada SPP," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Jumaat.

Abdul Hamid menerusi program 'Sinar Live bersama IGP' pada Rabu mendedahkan bahawa wujudnya gerakan dalam kalangan pegawai muda PDRM yang bercita-cita untuk menjatuhkannya.

Gerakan itu merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM dengan hasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!