PATI kantoi menyorok dalam semak

Seramai 15 PATI warga Indonesia ditahan di Kampung Sungai Serdang, Kapar pada Khamis.
Seramai 15 PATI warga Indonesia ditahan di Kampung Sungai Serdang, Kapar pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Cubaan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) menyusup dan menyorok di kawasan semak dikesan dalam serbuan di Kampung Sungai Serdang, Kapar di sini pada Khamis.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, operasi kira-kira jam 9 pagi itu dijalankan sepasukan anggota polis dari Batalion 4 PGA Semenyih bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman.

PATI berkenaan gagal kemuka dokumen perjalanan yang sah.
PATI berkenaan gagal kemuka dokumen perjalanan yang sah.

Menurutnya, seramai 15 PATI warga Indonesia terdiri daripada enam lelaki dan sembilan wanita berjaya ditahan.

"Siasatan mendapati kesemua PATI terbabit gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

"Kita percaya mereka ini telah tiba sebelum subuh lalu bersembunyi di kawasan semak sementara menunggu siang. PATI itu masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak sah iaitu jalan laut dengan menaiki bot sebelum mendarat di kawasan pesisiran lokasi terbabit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kesemua tangkapan berusia lingkungan 23 hingga 48 tahun telah dibawa ke Balai Polis Kapar untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, pihaknya menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada polis sebarang bentuk aktiviti yang menyalahi undang-undang untuk tindakan lanjut.