Bantuan tanam semula getah dinaikkan

Pengerusi RISDA, Datuk Mohd Salim Sharif (tiga dari kiri) memberikan buku Model Perancangan Strategik (MPSR) 2021-2025 kepada Abdul Latiff (tiga dari kanan) pada Khamis.
Pengerusi RISDA, Datuk Mohd Salim Sharif (tiga dari kiri) memberikan buku Model Perancangan Strategik (MPSR) 2021-2025 kepada Abdul Latiff (tiga dari kanan) pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar bantuan untuk program tanam semula getah bagi tahun ini dinaikkan kepada RM13,710 sehektar bagi Semenanjung dan masing-masing RM14,805 (Sarawak) dan RM14,955 (Sabah), kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Kerajaan juga bersetuju memberi peruntukan tambahan RM15.7 juta kepada RISDA untuk mengawal penyakit Pestalotiopsis tanaman getah.

Kadar baharu bantuan itu adalah selaras dengan pengenalan Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR) 2021-2025 yang dilancarkan pada Khamis yang bertujuan meningkatkan pendapatan pekebun kecil tanaman getah dan kemapanan industri getah.

"Kadar bantuan baharu ini kita harapkan dapat menarik minta pekebun getah untuk menanam semula tanaman ini. Kita lihat harga getah semakin baik.

"Bantuan kawal penyakit tanaman getah pula akan memberi manfaat kepada 8,043 pekebun kecil merangkumi kawasan seluas 15,282 hektar tanaman itu," katanya selepas melancarkan MPSR 2021-2025 pada Khamis.

Bagi tahun 2010-2020, kadar bantuan tanam semula getah adalah RM9,230 sehektar di Semenanjung, RM13,500 (Sarawak) dan RM14,000 (Sabah).- Bernama

Artikel Berkaitan: