MBSA tak benarkan jaja tepi lampu isyarat

Antara aktiviti peniaga persimpangan lampu isyarat di Jalan Mokhtar Dahari, Puncak Alam. Gambar kecil: Shahrin Ahmad
Antara aktiviti peniaga persimpangan lampu isyarat di Jalan Mokhtar Dahari, Puncak Alam. Gambar kecil: Shahrin Ahmad
A
A
A

[LAPORAN KHAS] MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak membenarkan aktiviti penjajaan berisiko yang dijalankan peniaga di persimpangan lampu isyarat.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya tidak membenarkan aktiviti jualan sedemikian atas faktor keselamatan penjual dan juga pemandu kenderaan.

Menurutnya, tindakan boleh diambil mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja MBSA 2007.

“Dalam hal ini, kita ingin menasihatkan pihak yang berkenaan supaya memohon permit penjaja sementara di tapak khas penjaja yang telah ditetapkan oleh pihak majlis,” katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, isu penjaja di persimpangan lampu isyarat itu tidak pernah dibangkitkan sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya juga tidak pernah menerima sebarang aduan mengenainya.

“Isu ini tidak pernah dibangkitkan dan tak pernah terima aduan mengenainya.

“Ini pun kali pertama saya dengar mengenainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: