Balasan ceroboh rumah warga emas

Tertuduh, Shahrul Fadlisman Nawi, 28, dipenjara setahun kerana menceroboh rumah seorang warga emas, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Shahrul Fadlisman Nawi, 28, dipenjara setahun kerana menceroboh rumah seorang warga emas, tiga tahun lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Padah ceroboh rumah milik seorang warga emas, seorang lelaki dijatuhi hukuman setahun penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Keputusan dibuat selepas tertuduh, Shahrul Fadlisman Nawi, 28, dari Kampung Padang Sena, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan rumah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menceroboh masuk rumah Masood Saidi, 60, tanpa kebenarannya dengan niat melakukan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Dia mengaku melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lorong Tok Payong, Kuala Ibai, di sini, antara jam 8 pagi hingga 4.30 petang pada 27 Mac 2016.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli dihadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: