Hapuskan polis kotor dalam PDRM

Hakikat bahawa unsur-unsur kartel dapat menembusi tembok Bukit Aman adalah sesuatu yang sangat-sangat membimbangkan.
Hakikat bahawa unsur-unsur kartel dapat menembusi tembok Bukit Aman adalah sesuatu yang sangat-sangat membimbangkan.
A
A
A

PENDEDAHAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa wujudnya gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bercita-cita untuk menjatuhkan beliau memberi gambaran betapa jijiknya puak-puak tersebut yang sanggup melakukan apa sahaja demi ‘kerja-kerja kotor’.

Apabila mereka menjadi pegawai atasan yang berkuasa, seluruh pasukan tentunya dapat dikawal dan kegiatan jenayah yang dilakukan dapat disembunyikan. Mereka bebas untuk bersekongkol dengan penjenayah di sebalik uniform biru yang dibanggakan.

Pada 1 Januari 2021, Abdul Hamid pernah membuat pendedahan mengejutkan berhubung rangkaian yang diwujudkan dalam pasukan polis dan didalangi pegawai kanan peringkat pertengahan dengan motif untuk mendominasi pasukan itu bagi memudahkan mereka melakukan kerja-kerja kotor.

Sebagai orang nombor satu dalam PDRM, ketegasan beliau yang sangat mementingkan integriti yang tinggi pasti menyebabkan ada sesetengah pihak kurang senang dan bimbang.

Aktiviti perjudian, Macau Scam, rasuah, dadah, maksiat, gangsterisme dan apa sahaja berkaitan jenayah dibanteras habis-habisan. Beliau turut melakukan rombakan besar-besaran dalam pasukan PDRM melibatkan pegawai-pegawai kanan.

Hakikat bahawa unsur-unsur kartel dapat menembusi tembok Bukit Aman adalah sesuatu yang sangat-sangat membimbangkan. Disebabkan perbuatan segelintir mereka inilah yang memburukkan lagi persepsi masyarakat terhadap PDRM.

Jika salah guna kuasa sudah menjadi budaya, ia akan mengambil masa untuk dibendung dan dihapuskan. Kembalikanlah kepercayaan rakyat terhadap pasukan keselamatan negara. Berilah perkhidmatan yang terbaik, laksanakan penguat-kuasaan undang-undang dengan telus dan adil serta kekalkan tahap disiplin yang tinggi.

Itulah kunci utama agar pasukan PDRM sentiasa disegani dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Ketamakan kuasa dan wang hanya akan membutakan mata dan hati yang mampu mengubah manusia menjadi ‘raksasa’.

Artikel Berkaitan: