Bliese lancar kempen Gerila Haruman

Suhaimi menunjukkan produk haruman Bliese yang dilancarkan.
Suhaimi menunjukkan produk haruman Bliese yang dilancarkan.
A
A
A

BLIESE (M) Sdn Bhd, syarikat pengeluar haruman wangian buatan tempatan melancarkan Gerila Haruman Bliese (GHB) dengan sasaran melahirkan lebih ramai usahawan baharu.

Pengarah Urusannya, Suhaimi Saiful berkata, melalui kempen tersebut pihaknya akan memasarkan lima varian haruman baharu untuk diedarkan oleh ejen mahupun stokis di setiap tempat tumpuan ramai.

“Dengan kempen ini, kami turut menyasarkan seramai 20,000 usahawan baharu sebagai ejen kepada produk kami,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kawasan Perindustrian Tiong Nam Seksyen 15 di sini.

Beliau berkata, kempen itu bertujuan menggalakkan pengedar menempatkan produk Bliese di pasaran runcit fizikal secara lebih meluas, sekali gus menambah pendapatan mereka melalui penjualan produk berkenaan.

“Kami ingin memastikan setiap lima varian baharu ini mudah didapati di mana-mana kedai runcit, restoran-restoran, kedai cuci kereta dan premis makanan terpilih,” katanya.

Lima varian baharu itu adalah cherry ellison, forest musk, tropical buffet, love page dan morning gates menjadikan keseluruhan ada 15 jenis wangian bagi produk terbabit dengan penutup kayu (wooden cap).

Antara produk wangian keluaran Bliese.
Antara produk wangian keluaran Bliese.

“Haruman ini mempunyai cita rasa tersendiri dan sesuai digunakan bukan hanya pada kereta sahaja tetapi di semua tempat. Malah produk ini bersaiz kecil dan boleh digunakan di almari baju, kasut, tandas dan ruang tamu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Suhaimi berkata, kempen berkenaan yang dirancang dijalankan enam bulan itu akan diteruskan sehingga tahun depan sekiranya mendapat permintaan memberangsangkan.

Katanya, produk Bliese merupakan produk pewangi pertama yang menggunakan bahan pati wangian tulen yang selamat untuk digunakan dan bebas daripada bahan yang boleh menyebabkan pengguna terdedah kepada kanser hidung.

Bliese menyasarkan melahirkan lebih ramai usahawan baharu.
Bliese menyasarkan melahirkan lebih ramai usahawan baharu.

“Produk kami juga terjamin dan mendapat kelulusan dari International Fragrance Association (IFRA). Produk kami antara yang terlaris kerana wangi, selamat dan yang paling penting bau wangi yang berpanjangan,” ujarnya.

Suhaimi berkata, ketika mereka ini mempunyai lima kedai fizikal Bliese di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.