Raikan perbezaan warna kulit

A
A
A

MINGGU ini keluarga diraja Britain kembali jadi tumpuan. Pengakuan mengejut Putera Harry dan Megan Markle kepada Oprah Winfrey berkaitan masalah perkauman sebenarnya satu permainan biasa dalam keluarga diraja Britain.

Harry tampil mendedahkan aib keluarga diraja Britain sehingga mengundang perasaan kurang senang Queen Elizabeth. Antara intipati wawancara termasuk keresahan tentang warna kulit Archie, anak pertama Harry dan Megan Markle.

Seorang sahabat menghantar pesanan bertanya bolehkah warna kulit bakal anak ditentukan ibu atau bapa menerusi artificial intelligent (kecerdasan buatan)?

Penulis cuba membelek kaedah AI dan kajian Genomik. Jawapannya boleh. Ia boleh dilaksanakan berkaitan bahagian asid deoksiribonukleik (DNA) yang memberikan arahan khusus untuk satu bahagian kecil iaitu gen.

Hasil kajian Genomik ternyata tidak ada satu atau bahkan beberapa gen yang terlibat dengan warna kulit. Terdapat ratusan rentang DNA berlainan yang semuanya berfungsi menentukan warna kulit manusia. Sebilangan gen ini boleh memberi kesan besar, sementara yang lain boleh menyesuaikan warna akhir.

Selain itu, tindakan manusia dapat membantu mengubah cara tubuh mereka untuk mengubah warna DNA, contohnya berjemur di bawah cahaya matahari bagi menghidupkan gen yang menggelapkan kulit.

Maksudnya, jenis gen berlainan boleh diubah suai. Setiap orang mempunyai dua salinan bagi setiap gen. Satu salinan daripada ibu dan satu salinan daripada bapa.

Setiap salinan gen hampir sama antara satu sama lain. Dengan kata lain, sekiranya semua manusia mempunyai DNA serupa, mereka akan menjadi kembar yang sama.

Artikel Berkaitan:

Laporan hasil kajian Genomik kerjasama beberapa universiti berpangkalan di Rotterdam, Belanda menyatakan mekanisme genetik warna kulit manusia diatur enzim tirosinase. Ia menciptakan warna kulit, mata dan rambut.

Perbezaan warna kulit juga disebabkan perbezaan ukuran dan taburan melanosom pada kulit yang menghasilkan dua jenis melanin.

Dengan ciptaan terkini iaitu sistem HIrisPlex-S, buat pertama kali, pakar genetik forensik dan antropologi genetik mampu menghasilkan maklumat warna mata, rambut dan kulit secara serentak daripada sampel DNA termasuk DNA dengan kualiti dan kuantiti rendah yang sering dijumpai dalam kerja forensik dan kajian antropologi.

Teknik

Ada juga kajian membuktikan pengesanan warna kulit telah menjadi teknik berkesan kerana penerapannya berdasarkan diagnostik dan interaksi komputer manusia.

Kajian penggunaan AI algoritma segmentasi warna berfungsi secara langsung di ruang warna merah, hijau dan biru (RGB) tanpa menukar ruang warna.

Fungsi Genfis seperti yang digunakan dalam penelitian ini membentuk jaringan Fuzzy Sugeno dan menggunakan aturan pengelompokan Fuzzy C-Mean (FCM) serta mengumpulkan data dan untuk menghasilkan setiap kelompok atau kelas aturan.

Akhirnya output yang sesuai daripada pemetaan data pseudo-polynomial diperoleh daripada set data dimasukkan ke sistem inferensi neuro fuzzy adaptif atau adaptive neuro fuzzy inference system (ANFIS).

Salah satu ciri unik anggota manusia adalah kulit. Dalam beberapa bidang, pengesanan kulit mempunyai aplikasi termasuk pengesahan identiti dan pengenalan berdasarkan aplikasi ketenteraan dan keselamatan, ciri wajah, alat kawalan jauh kamera, persidangan video, penjejakan kulit dalam video, akses maklumat, pengurusan maklumat bergambar di bank dan sebagainya.

Hasil kajian pengaplikasian AI bagi mengesan warna kulit terhadap gen pigmen dan melanin seseorang, penulis menjangkakan sistem ini akan mampu menentukan warna kulit bayi kepada sepasang suami isteri kehendaki.

Dengan cara yang sama, bayi akan mewarisi warna rambut ibu bapa, jumlah dan jenis melanin diturunkan kepada bayi mereka ditentukan sebagai contoh enam gen dengan satu salinan masing-masing diwarisi daripada bapa dan ibunya. Rahsia ini sebenarnya telah ALLAH SWT jelaskan dalam surah Al-Mu'minuun (23:12-14).

Kesimpulannya, rahsia ALLAH tentang kejadiannya harus diraikan secara bijaksana. Janganlah warna kulit dijadikan bahan perdebatan sesama manusia.

* Ir Dr Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteran Sukan, Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor