Kompaun RM10,000 bukan hukuman mandatori

Pelitup muka disangkut di dagu turut dikenakan kompaun RM10,000 yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.
Pelitup muka disangkut di dagu turut dikenakan kompaun RM10,000 yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengamal undang-undang menegaskan bahawa pelaksanaan kompaun RM10,000 yang dikuatkuasakan buat masa ini bukanlah satu hukuman mandatori kerana rakyat masih mempunyai hak membuat rayuan di mahkamah.

Peguam, Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata, rakyat perlu faham kompaun adalah pilihan dan bukan semestinya jika lakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) individu yang disaman perlu terus membayar kompaun.

"Berkaitan saman ia dikeluarkan pihak jabatan yang bertanggungjawab dan ia merupakan arahan semasa daripada kerajaan, maka jika individu yang dikompaun tidak setuju dengan jumlah amaun kompaun maksima yang dikenakan, maka mereka ada pilihan pergi ke mahkamah.

"Mahkamah tidak terikat dengan arahan kerajaan dan pihak kementerian tidak boleh mengatasi mahkamah, maka sebenarnya tujuan kompaun adalah untuk beri peluang kepada individu itu untuk mengaku bersalah atau sebaliknya apabila dihadapkan di mahkamah.

Haniff Khatri
Haniff Khatri

"Maka jika individu itu yang dikompaun ada alasan munasabah mereka boleh selesaikannya di mahkamah," katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun kerajaan perlu perjelaskan secara terperinci kepada rakyat kesalahan dengan bukti yang jelas.

Sementara itu, seorang peguam, Mohd Firdaus Mohd Razi berkata, rakyat sebenarnya perlu memahami tujuan kompaun dikenakan dan jika tidak melakukan kesalahan rakyat tidak perlu risau.

Artikel Berkaitan:

"Tujuan utama undang-undang dilaksanakan adalah untuk mencegah berlakunya kesalahan iaitu untuk menjaga keamanan dan ketenteraman dalam masyarakat.

"Dalam isu ini, pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang termasuklah hukuman mengenakan kompaun atau denda terhadap kesalahan yang berkaitan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mohd Firdaus
Mohd Firdaus

Menurutnya, hukuman tersebut akan diputuskan oleh mahkamah dan mahkamah tidak sewenang-wenangya akan menjatuhkan hukuman tanpa mengambil kira faktor-faktor rayuan yang dikemukakan dahulu.

"Maka secara ringkasnya, tertuduh boleh membuat rayuan kepada mahkamah dan tidak semestinya dikenakan hukuman secara langsung.

"Kesimpulannya di sini, matlamat utama pelaksanaan undang-undang tersebut bertujuan untuk membendung Covid-19 dan kerajaan perlulah sentiasa melihat serta menyemak undang-undang yang dikuatkuasakan secara berterusan,“ katanya