Ayuh pemain ke-12!

REEZAL MERICAN
REEZAL MERICAN
A
A
A

"SELAMAT kembali ke stadium, pemain ke-12! Ayuh pemain ke-12!"

Itu antara reaksi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang cukup teruja apabila mendengar perkhabaran penonton dibenarkan kembali ke stadium untuk menyaksikan perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya pada Khamis, Reezal Merica mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semua menteri, ahli mesyuarat, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan juga Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin atas kelulusan dan kepercayaan yang berikan kepada komuniti sukan bagi membenarkan kehadiran penonton bermula secara beransur-ansur.

Menurutnya, kehadiran penonton secara terkawal, teratur dan dengan jumlah yang tertentu adalah hasrat dan permintaan pihak penganjur Liga-M - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan juga penggiat sukan tanah air.

"Kehadiran penyokong bola sepak ke stadium sekali gus dapat menyemarak lagi saingan Liga Malaysia menerusi pematuhan standard operasi prosedur (SOP) yang sudah ditetapkan.

"Seperti yang diumumkan, kehadiran penonton ke stadium atau venue di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), adalah dengan jumlah 10 peratus kapasiti penonton atau 2,000 orang, mana yang lebih rendah dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa.

"Di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula, kehadiran penonton yang dibenarkan adalah sebanyak 25% daripada kapasiti penonton atau 8,000 orang, mana yang lebih rendah dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa juga.

"Kebenaran ini adalah berkuatkuasa 1 April depan, dengan dua perlawanan bola sepak dalam Liga Malaysia (MFL) yang akan dibenarkan dahulu sebagai percubaan atau Proof of Concept (POC) untuk menilai keberkesanan Protokol Pengurusan Penonton," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Mesyuarat Teknikal MKN bersetuju membenarkan kehadiran penonton ke stadium atau venue bagi kejohanan sukan seperti Liga-M berkuat kuasa 1 April.

Ismail Sabri berkata, perkara itu diputuskan setelah mendengar pembentangan dan cadangan prosedur operasi standard (SOP) daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berserta pandangan dan penilaian risiko KKM.