SUV jatuh tali air: Tindakan pantas PGA selamatkan nyawa budak

Usaha membawa naik Toyota Harrier tersebut dari tali air. Gambar kanan: Nur Muhammad Que Afnan Zainul Akhbar
Usaha membawa naik Toyota Harrier tersebut dari tali air. Gambar kanan: Nur Muhammad Que Afnan Zainul Akhbar
A
A
A

TUMPAT - Tindakan pantas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Harrier yang terjatuh ke dalam tali air di Bendang Pok Yong berdekatan Pos Nibong di sini pada petang Rabu.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa Nur Muhammad Que Afnan Zainul Akhbar berada dalam kenderaan itu sendirian dengan keadaan enjin hidup sementara ibunya menutup menutup pagar rumah.

Kanak-kanak itu dipercayai secara tidak sengaja tertarik gear D.

Kompeni Komander B PGA Batalion 7 Kuantan, Asisten Superintendan Yunus Muhamad berkata, kejadian itu disedari Koperal Sabri Azaman dan Koperal Raja Mohd Rissah Raja Dris selepas terdengar ibu mangsa menjerit.

SUV yang terjunam dalam tali air.
SUV yang terjunam dalam tali air.

Menurutnya, ketika itu, dua anggota PGA juga ternampak kenderaan berkenaan keadaan bergerak ke arah tali air dan terjunam.

“Tanpa berlengah dua anggota PGA dan bapa mangsa berusia 39 tahun terjun ke dalam tali air.

"Selepas 15 minit, mangsa berjaya diselamatkan dan serahkan kepada ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Katanya, tindakan pantas dan keprihatinan kedua-dua anggota Batalion 7 PGA yang bertugas di Pos Nibong itu diberikan pujian dan penghargaan.

“Kejadian ini menunjukkan kepekaan anggota semasa bertugas sekali gus meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan keselamatan,” katanya.