Ahli Parlimen PH, pembangkang adakan pertemuan di Parlimen Isnin depan

Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng
Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada lsnin depan.

Menurut kenyataan bersama Majlis Presiden PH pada Khamis, pertemuan berkenaan akan menyaksikan pembentangan serta perbincangan berkenaan isu vaksin, ekonomi, isu-isu semasa serta menegaskan bahawasanya Parlimen boleh dan perlu bersidang tatkala Darurat berkuatkuasa.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Anwar selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR); Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kenyataan Media Majlis Presiden PH
Kenyataan Media Majlis Presiden PH

Dalam pada itu, mereka berkata, Majlis Presiden PH mengadakan mesyuarat berkala dan membincangkan beberapa perkara termasuk pelantikan Chong Eng sebagai Ketua Wanita PH.

“Ahli-ahli Parlimen PH akan hadir ke taklimat berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan oleh Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 22 Mac.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mengadakan satu pertemuan tertutup bersama wakil-wakil kedutaan asing pada 24 Mac,” katanya.