Suspek kes bunuh Nik Khatijah akan didakwa esok

Gambar kanan: Allahyarham Nik Khatijah Nik Mud
Gambar kanan: Allahyarham Nik Khatijah Nik Mud
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki tempatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian kakitangan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Nik Khatijah Nik Mud, 32, akan didakwa di Mahkamah Kajang pada Jumaat.

Sumber berkata, polis telah mendapat kelulusan Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh suspek tempatan berusia 57 tahun itu.

“Kita telah melengkapkan kertas siasatan, sebelum kita merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Kita telah mendapat kelulusan dan arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa suspek di Mahkamah Majistret Kajang pada jam 10 pagi esok (Jumaat),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Pada Isnin lalu, media melaporkan polis menahan suspek itu bagi membantu siasatan kes bunuh mangsa yang ditemukan mati dengan kesan jerut pada lehernya di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang di sini.

Lelaki itu ditahan di sekitar Kajang pada jam 8.45 malam hari sama.

Ikram dalam kenyataan pada hari kejadian mengesahkan mangsa berkhidmat di Ibu Pejabat Ikram sejak 2013.

Artikel Berkaitan: