X

Kindly register in order to view this article
!

Sultan Selangor nasihat rakyat daftar sebagai penerima vaksin

Sultan Sharafuddin Idris Shah
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihati rakyat di negeri ini yang layak menerima vaksin supaya segera membuat pendaftaran melalui saluran ditetapkan bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Istana Alam Shah dalam satu kenyataan pada Khamis menyatakan, baginda menzahirkan rasa sukacita apabila lebih daripada 90 peratus petugas barisan hadapan di hospital kerajaan di Selangor telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurut kenyataan itu, petugas berkenaan merangkumi doktor, jururawat, pemandu ambulan, kakitangan sokongan perubatan dan kakitangan hospital yang terbabit secara langsung merawat pesakit dijangkiti Covid-19.

“Baginda turut difahamkan bahawa lebih daripada 50 peratus petugas barisan hadapan di hospital swasta di Selangor telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dan dijangkakan kesemua mereka akan menerima vaksin menjelang akhir bulan Mac ini.

“Baginda sentiasa mendapatkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa mengenai data-data berkaitan kes baharu Covid-19 dan juga statistik penerimaan vaksin Covid-19 daripada Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, baginda turut berasa sukacita dan memuji petugas barisan hadapan khususnya di hospital-hospital negeri Selangor yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik sehingga kini.

“Baginda menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan terbaru ini dan berharap selepas menerima suntikan vaksin Covid-19, petugas-petugas barisan hadapan akan dapat berkhidmat dengan lebih tenang dan selamat tanpa tekanan.

“Baginda mengingatkan supaya rakyat tidak lalai meskipun telah mendapat suntikan vaksin dan terus mematuhi amalan norma baharu serta prosedur operasi standard (SOP) seperti menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan fizikal demi mengawal wabak daripada terus merebak,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!