X

Kindly register in order to view this article
!

Maqis rampas 40 palet makanan haiwan

Sebanyak 40 palet makanan haiwan seberat 24,000kg dirampas Maqis di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) pada Selasa.
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas 40 palet makanan haiwan seberat 24,000 kilogram (kg) dari Singapura ketika mengadakan pemeriksaan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini pada Selasa.

Pengarahnya, Nur Afifah A Rahman berkata, hasil pemeriksaan dijalankan anggotanya ke atas sebuah lori di laluan kenderaan import KSAB kira-kira jam 9 malam mendapati palet makanan haiwan tersebut tidak mematuhi syarat di dalam permit import.

Menurutnya, makanan haiwan yang dianggarkan bernilai RM15,680 berupa campuran hampas soya, serbuk susu dan lemak minyak tersebut cuba dibawa masuk ke dalam negara ini untuk diproses semula dan kemudian dipasarkan.

"Pemandu lori berusia 47 tahun telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

"Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa mematuhi syarat-syarat di dalam permit import Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(2) akta yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Nur Afifah berkata, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

"Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk ini bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!