KPJ Ampang Puteri kini Pusat Vaksinasi Covid-19

KPJ Ampang Puteri dipilih menjadi pusat vaksinasi, yang merupakan sebahagian daripada Fasa 1 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
KPJ Ampang Puteri dipilih menjadi pusat vaksinasi, yang merupakan sebahagian daripada Fasa 1 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - KPJ Ampang Puteri kini merupakan salah sebuah hospital swasta yang dipilih oleh Kementerian Kesihatan menjadi pusat vaksinasi, yang merupakan sebahagian daripada Fasa 1 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Badri Hussin berkata, sejumlah 1,470 petugas barisan hadapan terpilih untuk menerima vaksin itu di KPJ Ampang Puteri, yang terdiri daripada doktor, jururawat dan pembantu perubatan daripada lapan hospital terpilih di daerah Hulu Langat.

“Mereka akan menerima vaksin Comirnaty, termasuk doktor KPJ Ampang Puteri dan petugas. Kami amat berbangga dan gembira terpilih sebagai salah sebuah pusat untuk vaksinasi bagi petugas barisan hadapan kita. Ia adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara dalam mencapai sasaran Pastikan Malaysia Selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kira-kira 50 petugas KPJ Ampang Puteri ditempatkan di pusat itu bagi membantu proses vaksinasi dengan pematuhan ketat kepada prosedur operasi standard (SOP).

Hampir 100 doktor dan jururawat menerima vaksin mereka pada hari pertama program itu di hospital berkenaan.

"Ini adalah bukti komitmen kami terhadap sasaran yang ditetapkan oleh program berkenaan. Kami akan buka pintu kami kepada petugas barisan hadapan daripada hospital lain, mulai esok,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: