X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Adham, Mohd Zuki terima dos kedua vaksin Covid-19

Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali pada Khamis melengkapkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech.

Turut menerima suntikan dos kedua itu di Klinik Kesihatan Presint 18 di sini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah bersama tiga petugas barisan hadapan kementerian iaitu Tawfik Adnan yang bertugas sebagai pemandu, Farid Md Ithnin, Pembantu Kesihatan Awam di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya dan Yusniza M Yusof, jururawat di Klinik Kesihatan, Presint 11.

Suntikan dos kedua itu dilakukan selepas 21 hari kesemua mereka menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada 25 Februari lepas.

“Kesemua yang menerima suntikan pada Khamis telah melengkapkan pengambilan vaksin Covid-19 dan menerima 'My Covid-19 Vaccination badge' selain sijil digital menerusi aplikasi MySejahtera,” menurut hantaran di laman sosial Facebook KKM pada Khamis.

Pada Rabu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Presint 18 bersama-sama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan empat petugas barisan hadapan KKM.

Khamis merupakan hari ke-22 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sejak bermula pada 24 Februari lepas dan setakat Rabu, sejumlah 367,000 sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!