X

Kindly register in order to view this article
!

1,213 kes positif Covid-19 hari ini

Dr Noor Hisham
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jumlah kes baharu harian Covid-19 di Malaysia terus merekodkan penurunan di bawah 2,000 dengan 1,213 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh itu juga, tiga kematian dan 1,503 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 312,461.

Sementara itu, jumlah kumulatif kes baharu setakat ini ialah 328,466 manakala jumlah kumulatif kematian pula ialah 1,223 orang.

"Daripada jumlah kes baharu hari ini, 1,207 merupakan kes tempatan melibatkan 866 warga tempatan dan 341 bukan warganegara sementara enam lagi adalah kes import,” menurutnya dalam hantaran di akaun Twitter rasmi beliau.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif di negara ini pula ialah 14,782 sementara Selangor masih merekodkan kes tertinggi iaitu 353 diikuti Sarawak (303) dan Johor (142).

Beliau berkata, sebanyak 155 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 54 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya tiga kes kematian hari ini melibatkan warga tempatan iaitu lelaki berusia 82 tahun dan 60 tahun, dengan masing-masing menghidap penyakit kronik manakala seorang lagi wanita berumur 59 tahun tanpa sebarang penyakit lain.

Dr Noor Hisham berkata, selain itu, sembilan kluster baharu dikesan hari ini dengan lima membabitkan penularan di tempat kerja, tiga berkaitan komuniti dan satu melibatkan pusat tahanan, menjadikan jumlah keseluruhan kluster kini ialah 1,276 dengan 428 kluster aktif.

"Kluster baharu membabitkan tempat kerja yang direkodkan ialah Tapak Bina Persiaran Setia dan Tapak Bina Persiaran Sunsuria di Selangor, Jalan Wawasan Sembilan (Johor), Melamam (Sabah) serta Jalan Asuhan (Perak).

"Kluster baharu berkaitan komuniti pula adalah Sungai Atap (Sarawak), Kampung Padang Tembak (Sabah) dan Bunga Tanjung Bendahara (Kedah) manakala kluster yang melibatkan pusat tahanan ialah Depot Imigresen Semuja (Sarawak)," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kluster yang telah tamat pula ialah 848, termasuk 10 yang tamat hari ini.

Sepuluh kluster yang tamat ialah Kluster Kampung Jawek, Kluster Jalan Usaha Satu, Kluster Jalan Seelong, Kluster Jalan Gemilang Lima, Kluster Kampung Tandak, Kluster Gong Nering, Kluster Taman Mahkota Impian, Kluster Matambai, Kluster Kejuruteraan Subang Baru dan Kluster Tapak Bina Jalan Valdor.

- Bernama

COVID-19: 18 Mac 2021

J kes sembuh:1,503

J kumulatif:312,461 (95.13%)

J kes baru:1,213

J kumulatif:328,466

J kes aktif:14,782

Kes local: 1,207 (866WN, 341BWN)

Kes import:6 (1WN, 5BWN)

J kematian:3WN

J kumulatif:1,223 (0.37%)

J kes di ICU:155

Pesakit Intubated: 54 pic.twitter.com/uQecQDy0Rw

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 18, 2021


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!