Gagal daftar Perkeso, pengusaha katering didenda RM1,500

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Dua beradik yang juga pengusaha katering masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis selepas mengaku bersalah gagal mendaftar perusahaan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), tiga tahun lalu.

Selina Lily Davier, 40, dan adik lelakinya, Kelvin Roy, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Khir Nizam Jemari.

Mahkamah turut mengenakan satu bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Selina Lily dan Kelvin Roy selaku majikan utama Restoran & Katering Xavier didakwa gagal mendaftar perusahaannya dengan Perkeso dalam tempoh tidak melebihi 30 hari seperti mana dikehendaki di bawah Seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial 1969 (Akta 4) dan Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Am Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Kesalahan itu dilakukan mereka di Jalan Tun Abdul Razak Edan, Ipoh pada 31 Januari 2018.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 94 (g) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Perkeso, Mohd faizal Nawawi, Hanis Mustafa Kamil Azmie dan S V Naline, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: