Rasuah: Anggota JPJ direman tujuh hari bantu siasatan

Seorang anggota JPJ direman tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan kes menerima suapan dan melindungi lori pengangkutan di negeri ini.
Seorang anggota JPJ direman tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan kes menerima suapan dan melindungi lori pengangkutan di negeri ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) direman tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan kes menerima suapan dan melindungi lori pengangkutan di negeri ini.

Penolong pendaftar, Jamaludin Elias membenarkan tertuduh direman sehingga 24 Mac depan selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tertuduh berusia 47 tahun ditahan ketika hadir memberi keterangan kira-kira jam 11.06 pagi pada Rabu di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.

Anggota terbabit ditahan susulan penahanan 44 individu termasuklah 32 anggota JPJ dalam Ops Sukat di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Perlis.

Di Kedah, seramai lapan anggota JPJ, seorang polis trafik, seorang bekas polis trafik dan orang awam ditahan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut sejak 2019 hingga 2020 dengan dipercayai menerima kira-kira RM150 hingga RM3,000 sebulan dengan nilai keseluruhan melibatkan kira-kira RM1.64 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan tangkapan anggota tersebut.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 32 pegawai JPJ antara ditahan terlibat rasuah RM1.64 juta

Terima sogokan: Tiga pegawai JPJ, dua proksi direman