Bekas kontraktor palsukan dokumen didenda RM10,000, penjara 7 hari

Tertuduh (kanan) didenda RM10,000 dan penjara tujuh hari oleh Mahkamah Sesyen oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas tuduhan palsukan dokumen program dan aktiviti pelancongan pada 2014.
Tertuduh (kanan) didenda RM10,000 dan penjara tujuh hari oleh Mahkamah Sesyen oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas tuduhan palsukan dokumen program dan aktiviti pelancongan pada 2014.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang bekas kontraktor pada Khamis didenda RM10,000 dan penjara tujuh hari oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas tuduhan memalsukan dokumen program dan aktiviti pelancongan di bawah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Kedah pada 2014.

Mohd Khairil Saad, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mohd Khairil dituduh menggunakan satu dokumen sebagai tulen iaitu surat program dan aktiviti pelancongan di bawah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Kedah dan invois tuntutan perkhidmatan menyediakan set sistem siaraya dan artis sempena Pesta Air Nasional Langkawi 2014 pada 9 hingga 10 Mei 2014 berjumlah 83,421.06.

Tertuduh melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah dalam daerah Kota Setar pada 9 Jun 2014 dan didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda ataupun kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Zulfadli Azharudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh berdepan hukuman penjara hukuman penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Artikel Berkaitan: