Kedutaan Greece sedia keluarkan visa untuk pelancong

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MOSCOW - Kedutaan Greece di Rusia memberi jaminan pengeluaran visa Schengen kepada semua pemohon yang ingin mengunjungi negara itu, kata Duta Greece ke Rusia, Ekaterini Nassika.

"Tanggungjawab untuk mengeluarkan visa kepada pengunjung negara kita terletak sepenuhnya pada Ketua Konsulat. Kami mempunyai petugas yang cekap dan berpengalaman. Oleh itu, kami dapat memastikan pengeluaran visa Schengen kepada semua pihak yang ingin berkunjung ke negara kami," kata Nassika, di saluran TV Rossiya 24, lapor Sputnik.

Menteri Pelancongan, Harry Theocharis dalam satu temu bual sebelum itu berkata, Greece mengalu-alukan kedatangan pelancong Rusia dari 14 Mei dan jika keadaan Covid-19 semakin baik ia akan bermula pada awal Mei.

Menurutnya, vaksinasi tidak wajib bagi pelancong, tetapi akan memudahkan mereka daripada beberapa prosedur rasmi. - Bernama

Artikel Berkaitan: