X

Kindly register in order to view this article
!

Lukisan mural dua anak muda rancak pelancongan domestik

Anak muda kreatif tekun menghasilkan lukisan bertemakan trending king kong di H Elite Design Hotel, Kota Bharu.
A
A

KOTA BHARU - Dua anak muda kreatif tampil membantu merancakkan industri pelancongan domestik menerusi penghasilan lukisan mural 3D yang dipamerkan di hotel terpilih.

Mohamad Sayuti Rosli, 34, dan Izat Abdul Ghani, 32, mengambil inisiatif dengan kerjasama Speed Media Event mempamerkan 21 lukisan kreatif di H Elite Design Hotel di sini.

Mohd Sayuti yang juga Pengurus Tangan Emas Studio berkata, dibantu tiga lagi krew, pasukannya mengambil masa lebih enam bulan untuk menyiapkan lukisan bertemakan 'trending' dan tempatan.

"Sebelum ini lukisan tersebut dipamerkan di Muzium Kelantan dan mendapat sambutan. Jadi kami berbincang untuk pamerkan di hotel ini setelah melihat potensi lukisan kreatif ini dalam membantu merancakkan pelancongan domestik.

"Saya percaya keindahan corak pemandangan kampung, gambar king kong, dedaun dan sebagainya yang dilukis dengan sentuhan tersendiri boleh menarik pengunjung ke sini," katanya pada Rabu.

Antara lukisan mural kreatif yang dihasilkan pasukan Mohd Sayuti dipamerkan di H Elite Design Hotel, Kota Bharu.
Antara lukisan mural kreatif yang dihasilkan pasukan Mohd Sayuti dipamerkan di H Elite Design Hotel, Kota Bharu.

Mohd Sayuti berkata, pasukannya sangat bertuah kerana dapat membantu menghidupkan kembali industri pelancongan di Kelantan menerusi karya seni.

Katanya, lebih RM40,000 dibelanjakan bagi menghasilkan kesemua 21 lukisan tersebut yang juga diharapkan boleh dimanfaatkan bersama oleh pelbagai pihak.

Katanya, pameran secara percuma itu akan berakhir Aidilfitri ini.

Sementara itu, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin menyambut baik kreativiti yang dilakukan hotel dan anak muda kreatif bagi merancakkan semula industri pelancongan domestik.

Katanya, seni lukisan dinding sememangnya salah satu tarikan pelancong dan pameran sebegini adalah yang pertama dilakukan oleh pihak hotel di Kelantan.

"Satu tarikan yang baik demi membantu kelangsungan industri pelancongan negara setelah rentas daerah dibenarkan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!