PUMMA, UMNO Ampang agih satu tan ikan kembung percuma

Sebanyak dua kilogram ikan diagihkan kepada setiap penerima melalui kaedah pandu lalu mengikut SOP ditetapkan

Jawatankuasa penganjur mengagihkan ikan kembung percuma kepada penerima di pekarangan Pejabat PUMMA, Wisma Chasemen, Taman Tasik Tambahan, Ampang pada Rabu.
Jawatankuasa penganjur mengagihkan ikan kembung percuma kepada penerima di pekarangan Pejabat PUMMA, Wisma Chasemen, Taman Tasik Tambahan, Ampang pada Rabu.
A
A
A

AMPANG - Pertubuhan Usahawan Muda Malaysia (PUMMA) dengan kerjasama UMNO Bahagian Ampang mengagihkan sebanyak satu tan ikan kembung percuma kepada penduduk.

Presiden PUMMA, Datuk Hasry Sham Chasmen berkata, pengagihan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Menurutnya, sebanyak dua kilogram ikan diagihkan kepada setiap penerima melalui kaedah pandu lalu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Seramai 500 penerima mendapat manfaat menerusi program pemberian ikan percuma dan kami berjaya mengedarkannya dalam tempoh dua jam sahaja," katanya selepas pengagihan ikan kembung percuma di pekarangan Pejabat PUMMA, Wisma Chasemen, Taman Tasik Tambahan, di sini pada Rabu.

Hasry Sham berkata, semua bekalan ikan kembung segar itu diperoleh di Sekinchan.

Selain itu, katanya, pihaknya sebelum ini turut menjalankan program 'turun padang' seperti itu menerusi bantuan terus kepada golongan memerlukan.

"Sepanjang tahun ini sahaja, PUMMA sudah menjalankan tiga program tanggungjawab sosial iaitu menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada 900 penerima pada Januari lalu dan mengagihkan sebanyak 6,000 burger percuma untuk anak muda pada bulan lalu," katanya.

Artikel Berkaitan: