Kemalangan maut dedah kes lori curi

Keadaan di Kilometer 114.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah timur kemalangan yang berlaku awal pagi tadi.
Keadaan di Kilometer 114.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah timur kemalangan yang berlaku awal pagi tadi.
A
A
A

TEMERLOH - Kemalangan maut yang berlaku di Kilometer 114.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah timur di sini pagi ini mendedahkan kepada kes kecurian lori di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zuhdin Mahmud berkata, kecurian lori terbabit berjaya dikesan oleh pihaknya dalam satu kejadian kira-kira jam 7.20 pagi, tadi.

Menurutnya, pihaknya dimaklumkan berlaku kemalangan membabitkan dua buah lori, di lokasi terbabit.

Pemandu treler maut di tempat kejadian.
Pemandu treler maut di tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati ada kemalangan membabitkan sebuah treler melanggar belakang lori yang dilaporkan dicuri itu.

“Kejadian itu (kemalangan) dipercayai berlaku apabila treler tersebut merempuh lori yang berada di lorong kiri, menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut terbabas sebelum terbalik ke kiri jalan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Zuhdin berkata, akibat kemalangan itu menyebabkan pemandu treler Ahmad Thahir Samsu, 29, meninggal dunia di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

“Saya difahamkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya.

Lori yang dipercayai dipandu suspek terbalik selepas dirempuh treler, pagi tadi.
Lori yang dipercayai dipandu suspek terbalik selepas dirempuh treler, pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan lanjut telah dilakukan ke atas lori terbabit dan mendapati kenderaan tersebut telah dicuri di Sentul, Kuala Lumpur beberapa jam sebelum itu.

Katanya, pihaknya berjaya menahan pemandu terbabit, namun begitu kelindan lori dilaporkan hilang, selepas mereka mengalami kecederaan apabila kenderaan itu dirempuh sebuah treler tersebut.

“Suspek dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, (HOSHAS) di sini untuk rawatan lanjut manakala bedah siasat ke atas Ahmad Thahir juga dilakukan di hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala siasatan berhubung kecurian lori dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul,” katanya.