X

Kindly register in order to view this article
!

367,213 individu terima dos pertama vaksin Covid-19

Petugas barisan hadapan terdiri daripada jururawat dari Hospital Lam Wah Ee (dari kiri) Mohd Noor Khamal Mohd Khalib, A. Anne Marie dan Ch'ng Kher Lee selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di hospital tersebut. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 367,213 individu menerima dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Rabu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Selangor merekodkan pemberian vaksin paling tinggi dengan 45,854 individu diikuti Perak (42,227), Sabah (36,443), Kuala Lumpur (33,500) dan Sarawak (32,665).

"Sementara itu di Johor 27,131 individu telah menerima dos pertama vaksin diikuti Pahang (26,574), Kedah (25,492), Pulau Pinang (22,037), Kelantan (17,904) dan Negeri Sembilan (15,958).

“Di Terengganu pula seramai 15,726 individu; selain Melaka (9,954), Perlis (8,795), Putrajaya (4,611) dan Labuan (2,342),” katanya menerusi infografik di akaun Twitter milik beliau pada Khamis.

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!