X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Tun M sindir Muhyiddin

Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan belum tentu memperoleh majoriti meskipun beberapa ahli Parlimen pembangkang bertindak lompat parti.

Beliau turut menyifatkan perkembangan terbaharu politik negara itu berpunca daripada politik wang.

"Lompat menjadi-jadi. Dua, tiga lompat masuk parti Kerajaan. Belum tentu Muhyiddin dapat majoriti. Lompat keluar tak tahu?

"Sebab lompat? Heh, Heh, Heh. Kita tahu la. Cash is king.

"Katanya ada tawaran lagi kepada parti lawan. Bisnes (perniagaan) politik lebih untung daripada bisnes-bisnes (perniagaan-perniagaan)," katanya dalam satu hantaran di blog chedet.cc pada Rabu.

Dr Mahathir turut menyentuh tentang kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melaksanakan persidangan Parlimen dalam tempoh darurat sambil mengaitkan isu membeli ahli Parlimen.

"Kenyataan Muhyiddin setaraf kelulusan Parlimen. Sebut sahaja, jadi undang-undang. Apa perlu Parlimen? Apa perlu pilihan raya? Habis masa, habis duit.

"Beli orang, panggil mereka wakil rakyat, kerajaan tertubuh – selamat berbilion ringgit," katanya.

Turut disindir berhubung isu double standard terhadap ahli politik dan tindakan kerajaan menaikkan nilai kompaun ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Tak cukup duit, naik denda. Tak bayar RM10,000 pakai baju oren, masuk dalam.

"Salah satu bilion okay. Dapat polis pengiring. Boleh jadi ahli Parlimen. Nasihat kerajaan. Malaysia boleh. Darurat semua boleh. Syabas Malaysia," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!