'Penguin' mula mogok lapar

Pemimpin tunjuk perasaan Thailand, Parit Chiwarak (tengah) menunjukkan tabik tiga jari sebagai tanda protes ketika tiba di Mahkamah Jenayah Bangkok pada Isnin.
Pemimpin tunjuk perasaan Thailand, Parit Chiwarak (tengah) menunjukkan tabik tiga jari sebagai tanda protes ketika tiba di Mahkamah Jenayah Bangkok pada Isnin.
A
A
A

BANGKOK - Pemimpin penunjuk perasaan Thailand, Parit 'Penguin' Chiwarak yang ditahan di penjara telah memulakan mogok laparnya pada Rabu.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Menteri Kehakiman, Somsak Thepsutin sejurus mengadakan lawatan di Penjara Reman Bangkok.

Somsak berkata, semasa lawatan itu beliau telah berkomunikasi dengan Parit serta beberapa aktivis prodemokrasi mewakili kumpulan Ratsadon.

"Dia enggan makan dan hanya minum susu dan air mineral sahaja.

"Jika Parit mengalami masalah kesihatan, dia akan dipindahkan ke hospital.

"Apa pun, saya telah meminta pegawai penjara supaya memantau keadaannya," ujar Somsak.

Pada Isnin lalu, Parit mengisytiharkan mogok lapar dan menegaskan tidak akan makan sehingga mahkamah memberikannya pembebasan sementara berdasarkan hak asasinya.

Parit yang juga aktivis pelajar ketika ini berdepan 18 pertuduhan di bawah undang-undang 'lese mejeste' kerana menghasut dan menghina keluarga diraja, semasa tunjuk perasaan besar-besaran terhadap kerajaan yang disokong tentera pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Jika disabit bersalah, Parit berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap pertuduhan. - Agensi