202 terbunuh di Myanmar sejak rampasan kuasa tentera

Rejim kudeta Myanmar melaksanakan undang-undang tentera di sembilan lagi bandar di bandar Yangon dan Mandalay pada Isnin, sehari selepas pasukan keselamatan menembak hampir 40 penunjuk perasaan.
Rejim kudeta Myanmar melaksanakan undang-undang tentera di sembilan lagi bandar di bandar Yangon dan Mandalay pada Isnin, sehari selepas pasukan keselamatan menembak hampir 40 penunjuk perasaan.
A
A
A

JAKARTA - Sekurang-kurangnya 202 orang terbunuh di Myanmar dalam tunjuk perasaan sejak rampasan kuasa tentera di negara itu baru-baru ini, menurut sebuah organisasi hak asasi manusia.

"Terkini, 202 terkorban, dan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh hari ini. Korban dijangka bertambah,” lapor Agensi Anadolu memetik laporan Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP) yang dikeluarkan pada Selasa.

Menurut AAPP pada 16 Mac, seramai 2,181 orang telah ditangkap, didakwa atau dijatuhkan hukuman berkaitan dengan cubaan rampasan kuasa pada 1 Februari dan tunjuk perasaan.

"Tahanan tidak dibenarkan bertemu saudara-mara dan peguam mereka, tidak ada yang tahu di mana mereka ditahan,” kata APPP

Menurut laporan itu, setelah junta tentera mengisytiharkan undang-undang tentera, serangan dan pembunuhan kejam oleh tentera dan "kononnya polis" meningkat.

"Semalam di bandar Dawbon dan Dagon Myothit (Selatan), wilayah Yangon, tentera dan ‘polis’ menyerbu kawasan itu dan melepaskan tembakan, membunuh tiga orang awam dan mencederakan lebih tiga orang.

"Penduduk di Myanmar diserang dan dibunuh tanpa peri kemanusiaan setiap hari oleh junta yang merampas kuasa," tambah AAPP.

Sementara itu, pada Selasa mangsa keluarga puluhan yang terkorban dalam tunjuk perasaan menghadiri pengebumian dan penunjuk perasaan kembali ke jalanan menentang pasukan keselamatan walaupun jumlah korban meningkat.

Artikel Berkaitan:

Pada Ahad ratusan berkumpul di pengebumian pelajar perubatan Khant Nyar Hein yang terbunuh di Yangon.

Rejim kudeta Myanmar melaksanakan undang-undang tentera di sembilan lagi bandar di bandar Yangon dan Mandalay pada Isnin, sehari selepas pasukan keselamatan menembak hampir 40 penunjuk perasaan. - Bernama