X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Covid-19: Filipina larang kemasukan warga asing

Filipina mencatatkan lebih 630,000 kes Covid-19 dan hampir 13,000 kematian.
A
A

MOSCOW - Pihak berkuasa Filipina melarang rakyatnya yang tinggal di luar negara dan warga asing memasuki negara ini selama sebulan untuk mencegah penularan Covid-19 dan variannya, lapor Sputnik.

"Sebagai usaha untuk mencegah kemasukan varian Covid-19 dari negara lain dan meningkatnya kes, semua agensi yang berkaitan diarah mengehadkan jumlah penumpang/kemasukan antarabangsa hanya kepada... 1,500 sehari dan menangguhkan sementara kemasukan rakyat Filipina yang kembali dari luar negara dan warga asing," kata pasukan petugas Covid-19 di Twitter.

Larangan itu berkuat kuasa 20 Mac hingga 19 April, tetapi tidak melibatkan pegawai asing yang diakreditasi, perkara berkaitan perubatan dan kemanusiaan.

Awal Mac, kerajaan Filipina mengumumkan penemuan strain baharu Covid-19 disebut P.3, dan 98 kes telah didaftarkan setakat ini.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memerlukan lebih banyak maklumat mengenai varian tersebut untuk menilai risiko penularan dan kematian.

Terkini, Filipina mencatatkan lebih 630,000 kes Covid-19 dan hampir 13,000 kematian. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!