Dua kenderaan terperangkap banjir kilat

Dua kenderaan yang terperangkap dalam banjir kilat berhampiran jejambat Lebuhraya Cheras-Kajang pada petang Rabu.
Dua kenderaan yang terperangkap dalam banjir kilat berhampiran jejambat Lebuhraya Cheras-Kajang pada petang Rabu.
A
A
A

KAJANG - Hujan lebat dan limpahan air berhampiran jejambat Lebuhraya Cheras-Kajang pada petang Rabu menyebabkan dua kenderaan terperangkap dan ditenggelami air.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan insiden tersebut pada jam 4.20 petang.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat tersebut.

“Kejadian melibatkan banjir kilat di bawah jejambat Lebuhraya Kajang selepas hujan lebat dan limpahan air longkang bersebelahan laluan tersebut.

“Ia mengakibatkan dua buah kereta masing-masing BMW dan Proton Perdana terkandas dalam air banjir dengan kedalaman 0.61 meter,” katanya.

Beliau berkata, anggota bomba bertindak menolak kedua-dua kenderaan tersebut ke tempat selamat dan tiada mangsa terperangkap dalam kejadian itu.

“Pemandu kereta telah keluar sendiri sebelum pihak bomba sampai di lokasi,” katanya.

Artikel Berkaitan: