Tiada lagi PKP menyeluruh

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan mengumumkan tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh selepas ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bakal melaksanakan strategi kawalan penularan Covid-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap ekonomi negara.

“Dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan PKP secara menyeluruh merangkumi seluruh negara ataupun sesuatu negeri,” katanya dalam siaran langsung pengumuman khas Pemerkasa pada Rabu.

“Dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan PKP secara menyeluruh merangkumi seluruh negara ataupun sesuatu negeri,” katanya dalam siaran langsung pengumuman khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) pada Rabu.

Pada Rabu Muhyiddin mengumumkan Pemerkasa dengan lima fokus utama melibatkan 20 inisiatif bagi pemulihan serta pemerkasaan negara sepanjang tahun ini.

Lima fokus utama itu adalah mengawal penularan Covid-19, memacu pemulihan ekonomi, memperkukuh daya saing negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat dan mentransformasi ekonomi

Artikel Berkaitan: