Tutup sekolah lapor kes aktif Covid-19

KON YEOW
KON YEOW
A
A
A

GEORGETOWN-Kerajaan Pulau Pinang menggesa supaya tindakan drastik diambil sesegera mungkin termasuk menutup sekolah yang melaporkan kes aktif jangkitan Covid-19 di negeri ini.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, sekolah yang terlibat dicadangkan supaya mengaktifkan sepenuhnya pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

"Kerajaan negeri baru dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) bahawa pihaknya tidak dibenarkan menutup sekolah yang mencatatkan kes aktif Covid-19 kecuali dengan kebenaran Menteri Kanan Pendidikan.

"Contohnya, beberapa kes sebelum ini melibatkan Kolej Vokasional Butterworth di daerah Seberang Perai Utara dan lain-lain berkaitan," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Rabu.

Kon Yeow berkata, kerajaan negeri berharap JPNPP dapat meneliti penilaian risiko semasa berdasarkan nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) demi keselamatan kesihatan para pelajar, barisan guru dan juga kakitangan bertugas di institusi pengajian berkenaan.

Artikel Berkaitan: