228,275 penduduk Negeri Sembilan sudah daftar terima vaksin Covid-19

Aminuddin (tengah) pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri pada Rabu.
Aminuddin (tengah) pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri pada Rabu.
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 26 peratus atau 228,275 penduduk daripada 1.1 juta penduduk Negeri Sembilan telah mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menerusi aplikasi MySejahtera.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau berharap pemimpin masyarakat termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kawasan Rukun Tetangga(KRT) dan Pusat Khidmat dapat membantu masyarakat terutama warga emas yang berdepan masalah untuk membuat pendaftaran.

"Sehingga semalam (Selasa), seramai 12,865 petugas barisan hadapan daripada 19,249 telah menerima vaksin yang mana kita jangkakan ia akan selesai pada April.

"Untuk rekod, seramai 138,543 pesakit kronik dan warga emas direkodkan di negeri ini yang dijangka mula menerima vaksin pada April hingga Ogos," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri pada Rabu.

Sementara itu, Aminuddin berkata, kerajaan negeri akan mengadakan mengadakan perjumpaan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk dari parti pembangkang pada minggu depan bagi membincangkan isu semasa terutama berkenaan Covid-19 dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

"Saya harap semuanya dapat hadir untuk kita sama-sama bincang dan fikirkan bagaimana masalah rakyat dapat diselesaikan.

"Sudah tiba masanya kita ketepikan soal politik sementara untuk pastikan rakyat dapat kesihatan yang lebih baik. Keutamaan kita ialah membincangkan isu Covid-19 dan imunisasi," katanya

Artikel Berkaitan: