X

Kindly register in order to view this article
!

Enam nelayan ditahan miliki dadah

Bot nelayan serta peralatan menangkap ikan dibawa balik ke Jeti PPM Wilayah Satu Langkawi untuk tindakan lanjut.
A
A

LANGKAWI - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan enam nelayan selepas disyaki memiliki dadah di kawasan perairan laut Pulau Sigai, Langkawi pada Selasa.

Kesemua nelayan warga tempatan yang berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan ketika berada di atas sebuah bot.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, bot dinaiki nelayan itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan ketika bot ronda PPM menjalankan tugasan rondaan Op Benteng Covid-19 di kawasan perairan tersebut pada jam 7 malam.

"Hasil pemeriksaan menemukan beberapa peket tiub berwarna merah, kuning, dan hijau disyaki mengandungi dadah jenis syabu dan heroin serta sejumlah wang tunai bernilai RM1,037.

“Kesemua barang rampasan seperti peralatan menangkap ikan serta bot dibawa balik ke Jeti PPM Wilayah Satu Langkawi untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, anggaran nilai keseluruhan rampasan dadah dan wang tunai tersebut bernilai kira-kira RM1,637 dan kes akan disiasat di bawah seksyen 39 A (1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!