Surat buat mama dari tirai besi...

Instagram Mulan Jameela
Instagram Mulan Jameela
A
A
A
PENYANYI terkenal Indonesia, Ahmad Dhani yang kini sedang menjalani hukuman penjara ada mengirimkan sepucuk surat buat ibunya.

Perkara itu dikongsi isterinya, Mulan Jameela menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat netizen terharu.

Di entri tersebut, Mulan ada memuat naik foto surat yang ditulis oleh Dhani dengan tulisan tangan.

Menurut pengasas kumpulan Dewa 19 itu, dia berjanji kepada ibunya untuk menjadi seorang yang lebih penyabar apabila keluar dari tahanan kelak.

Selain itu, dia turut memohon ibunya agar jangan bersedih.

"Surat untuk mama, dari anakmu tercinta.

"Mama, penjara bagi mereka yang tidak bersalah adalah sekolah tinggi ilmu kesabaran.

"Alhamdulillah sekarang saya menjadi orang yang lebih sabar.

"Mama jangan sedih, jangan menangis, keluar dari penjara ini, InsyaAllah saya akan menjadi orang yang lebih sabar," tulis Dhani dalam surat tersebut.

Artikel Berkaitan:

Malah Mulan turut meninggalkan kapsyen, janji ALLAH itu pasti.

"Janji Allah itu pasti... Hikmah ALLAH itu Maha Besar... Berserah diri dan bersabar.. ALLAH memberi yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita... InsyaAllah," tulisnya.

Perkongsian itu membuat para peminat terharu dan turut meninggalkan kata-kata semangat buat penyanyi kesayangan ramai itu, Mulan dan keluarga.

"Amin perjuangan memang perlu pengorbanan... Sabar adalah kuncinya," tulis miacelaludihati

"Cukuplah ALLAH sebagai penolong kami, dan ALLAH adalah sebaik-baik pelindung,” joelyana58.

"Amin semua pasti Ada hikmahnya @mulanjameela1 Dan semoga mulan tambah istiqomah," tulis nurulnaylan.

"Yang sabar @mulanjameela1. Ujian bagi orang berhijrah itu berat. Rencana yang kuasa lebih hebat," tulis mela_inayati.

"Amin semua pasti Ada hikmahnya @mulanjameela1 Dan semoga mulan tambah istiqomah," tulis juteght.

"Yang penting Sabar abang Dhani... ALLAH lebih tahu mana yang salah dan benar... Pasti ALLAH akan memberikan yang terbaik buat abang Dhani," tulis zuhri7654.

Ahmad Dhani Prasetyo telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan selepas didapati bersalah kerana menyebarkan kata-kata kebencian di media sosial.

Hakim Mahkamah Jakarta Selatan, Ratmoho berkata, Ahmad Dhani yang juga merupakan pengasas kumpulan Dewa 19 itu terbukti telah menimbulkan kebencian terhadap suatu golongan, lapor CNN Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani dipenjara 18 bulan, Konsert Dewa 19 diteruskan