Isu eksploitasi kaum, agama perkara paling dibimbangkan, kata Abdul Hamid

ABDUL HAMID
ABDUL HAMID
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Isu membabitkan eksploitasi kaum dan agama antara perkara paling dibimbangkan selama hampir dua tahun menjadi Ketua Polis Negara, kata Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, dua isu berkenaan bukan sahaja bersifat jenayah malah turut mendatangkan ancaman dan menggugat perpaduan negara.

“Jadi saya rasa memenatkan dalam pada saya menumpukan usaha membanteras jenayah tetapi ada gangguan membabitkan perkara sebegini,” katanya menerusi Program Bersama KPN yang disiarkan menerusi platform Sinar Harian pada Rabu.

SHAH ALAM - Isu membabitkan eksploitasi kaum dan agama antara perkara yang paling dibimbangkan selama hampir dua tahun menjadi Ketua Polis Negara, kata Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, dua isu berkenaan bukan merupakan isu bersifat jenayah tetapi ia mendatangkan satu bentuk ancaman menggugat perpaduan negara.

“Jadi saya rasa memenatkan dalam pada saya menumpukan usaha saya nak membanteras jenayah tetapi ada gangguan-gangguan daripada perkara sebegini,” katanya menerusi Program Bersama KPN yang disiarkan menerusi platform Sinar Harian pada Rabu.

Program itu dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar di Karangkraf.

Mengulas mengenai politik di negara ini tidak stabil, Abdul Hamid berkata, apabila berlakunya perbalahan politik, akan timbul pelbagai masalah.

Artikel Berkaitan:

“Yang paling kita bimbang sebagai rakyat Malaysia adalah apabila ia memberikan impak yang tidak baik kepada ekonomi. Dari sudut jenayah, insya-ALLAH PDRM boleh tangani,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata, beliau turut bersedia pada bila-bila masa untuk dikritik dan kritikan yang diterima olehnya sebelum ini juga pelbagai.

“Ada yang peribadi mengeji keturunan saya, mata saya, macam-macam. Tapi saya terima.

“Sekiranya saya tidak sanggup menerima jawatan ini sebagai Ketua Polis Negara dan saya sensitif terhadap (kritikan), saya bimbang akan menyalahgunakan kuasa saya untuk mengambil tindakan ke atas mereka.

“Tetapi saya mengambil pendekatan cukup bersangka baik dengan sesiapa pun. Malahan mereka yang pernah menganiaya saya, tidak pun saya ambil tindakan,” katanya.