'Frontliners' Johor terima bantuan RM7.02 juta

Hasni (kanan) beramah mesra bersama petugas barisan hadapan yang menerima bantuan tunai RM200 di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar pada Rabu.
Hasni (kanan) beramah mesra bersama petugas barisan hadapan yang menerima bantuan tunai RM200 di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar pada Rabu.
A
A
A

KOTA ISKANDAR - Kerajaan negeri Johor menyalurkan bantuan 'one-off' berjumlah RM7.02 juta kepada petugas barisan hadapan di negeri ini bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka membantu mengekang penularan Covid-19.

Seramai 35,136 petugas barisan hadapan akan menerima bantuan sebanyak RM200 menerusi inisiatif di bawah Agenda Johor Berkebajikan yang dibentang dalam Belanjawan Johor 2021.

Penyerahan sumbangan dilakukan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad kepada wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu majlis ringkas di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad di sini pada Rabu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salehuddin Hassan.

Petugas barisan hadapan di Johor menerima bantuan sebanyak RM7.02 daripada kerajaan negeri.
Petugas barisan hadapan di Johor menerima bantuan sebanyak RM7.02 daripada kerajaan negeri.

Turut menerima bantuan berkenaan ialah wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Sementara itu, wakil PDRM, Inspektor Nongleek Prak Jun berkata, bantuan tersebut merupakan tanda keprihatinan kerajaan negeri dalam menghargai jasa agensi keselamatan dan kesihatan mengekang pandemik Covid-19.

“Sumbangan ini akan dapat menaikkan semangat petugas barisan hadapan untuk terus berkhidmat,” katanya.

Artikel Berkaitan: