X

Kindly register in order to view this article
!

346,508 individu terima dos pertama vaksin Covid-19

Seramai 346,508 individu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 346,508 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 41,913 individu, diikuti Perak (39,404), Sabah (33,966) dan Sarawak (32,465).

"Di Kuala Lumpur seramai 31,740 individu, Johor (26,185), Pahang (25,944), Kedah (23,871), Pulau Pinang (20,393), Kelantan (16,541) dan Terengganu (15,725).

"Di Negeri Sembilan pula seramai 14,489 individu, Melaka (9,120), Perlis (8,038), Putrajaya (4,383) dan Labuan (2,342)," katanya menerusi infografik yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya hari ini.

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari lepas, menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!