PATI ditahan ketika leka jahit pakaian

Imigresen Selangor menyerbu dua premis kilang jahit di Shah Alam dan menahan 21 PATI pada Selasa.
Imigresen Selangor menyerbu dua premis kilang jahit di Shah Alam dan menahan 21 PATI pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sedang leka bekerja di dua buah kilang jahit di sini dikejutkan dengan serbuan pihak berkuasa, pada Selasa.

Pengarah Imigresen Negeri Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, serbuan kira-kira jam 2 petang bertindak menahan kesemua PATI berusia 20 hingga 45 tahun termasuk dua wanita.

"Semakan mendapati PATI itu membabitkan dua warga Indonesia dan 19 Bangladesh yang bekerja di kilang jahit pukal terbabit.

"Kesemua PATI itu dikesan melakukan kesalahan tinggal tanpa las atau permit sah, tinggal lebih masa serta melanggar syarat pas yang diberikan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, semasa serbuan segelintir PATI cuba memberikan pelbagai alasan antaranya datang berjumpa rakan, majikan lama tidak mendapat kontrak kerja dan diberikan kelonggaran untuk bekerja di sektor yang berlainan.

Imigresen Selangor menyerbu dua premis kilang jahit di Shah Alam dan menahan 21 PATI pada Selasa.
Imigresen Selangor menyerbu dua premis kilang jahit di Shah Alam dan menahan 21 PATI pada Selasa.

Katanya, pemeriksaan juga mendapati seorang PATI wanita berusia awal 30-an sedang hamil enam bulan dan mendakwa suaminya juga seorang warga Indonesia yang mempunyai pas lawatan kerja sementara (PLKS) untuk bekerja sebagai buruh binaan.

Tambah Mohamad Shukri, siasatan mendapati kesemua PATI terbabit menerima upah RM45 hingga RM50 sehari dan pihaknya juga akan mengesan majikan serta pelindung kepada PATI itu.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke klinik kesihatan untuk saringan Covid-19 sebelum ditempatkan di depot tahanan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.