X

Kindly register in order to view this article
!

RUU Profesion Kerja Sosial dalam peringkat akhir

Rina Mohd Harun
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini dalam peringkat akhir penggubalan draf Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, melalui perundangan itu, profesion kerja sosial akan diiktiraf melalui pendaftaran dan perakuan amalan yang dikawal selia oleh Majlis Profesion Kerja Sosial.

"Penggubalan Rang Undang-Undang ini penting bagi mendepani cabaran sosial dan bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutamanya kanak-kanak, wanita, warga emas yang rentan, orang kurang upaya dan golongan memerlukan," katanya.

Rina berkata demikian pada Malam Apresiasi Pekerja Sosial yang diadakan sempena sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia 2021 semalam, dalam kenyataan dikeluarkan KPWKM hari ini.

Sehingga Disember 2020, terdapat 3,814 pegawai skim sosial pelbagai gred yang berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam skop tugas pekerja sosial yang melibatkan pengurusan kes kepada kumpulan sasar.

Kerja sosial adalah aktiviti yang dijalankan oleh seorang pekerja sosial profesional terlatih bagi meningkatkan kesejahteraan dan kefungsian sosial individu, keluarga, kumpulan, organisasi atau masyarakat. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!