Pemandu maut kereta terbabas sebelum terbakar

Keadaan kereta mangsa selepas terlibat kemalangan.
Keadaan kereta mangsa selepas terlibat kemalangan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut dalam kemalangan berhampiran stesen minyak di Bandar Tun Razak menghala Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada Rabu.

Mangsa, Ong Woei Yiap, 37, yang memandu kereta jenis Proton Persona meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan organ dalaman.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas kereta mangsa hilang kawalan di lorong kanan dan bergesel dengan kereta jenis Perodua Viva.

Menurutnya, selepas itu, kereta mangsa melanggar tiang projek pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sebelum terbakar.

"Kereta Proton Persona itu terbakar 20 peratus di bahagian enjin," katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Sementara itu, Komander Operasi, PBK II Mohd Fakhrulsyakia Mamat berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.02 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Terdapat seorang mangsa tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 6.28 pagi.